Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

Abdullah Hassan Ketua Syiah Kedah buat aduan polis terhadap Dato Mufti Kedah ! Syiah Makin Melampau dan Biadap Helmi Assyafie

Salam Ahli Sunnah 
dari 
Helmi Assyafie 
AYUH MASYARAKAT ISLAM KEDAH BANGUN PERTAHANKAN MUFTI KEDAH

Abdullah Hassan -Syiah Kedah makin melampau makin biadap .
Bagi saya negeri Kedah adalah negeri Ahli Sunnah , wajib kita bangkit lawan fahaman Syiah yang sehari dua ini isu Syiah panas di Kedah . Kita letak tepi dulu fahaman politik , kita selesaikankan segera isu Syiah di Kedah khususnya bagi memastikan masyarakat kita terselamat dari fahaman sesat Syiah ini . 
Dato Mufti sedang dihina , ayuh ummat bangun lawan Syiah . 
Kita perlu pertahankan Dato Mufti Kedah bukan kita berjuang untuk individu , kita bukan sahaja membela maruah Dato Mufti sebagai ulama ummah kita tetapi kita sedang bangun untuk bela maruah Ahli Sunnah jangan diganggu gugat oleh Syiah . 
PAS dan UMNO mesti mesti melihat isu ini sebagai ancaman kepada rakyat dalam soal Aqidah , wajib kita bangun dan pertahankan masyarakat kita dan negeri Kedah dari ancaman ini . 
MB Kedah yang dulu Ustaz Azizan razak sudah merenteh jalan untuk kita bangkit lawan Syiah .
Kini MB Kedah yang baru Dato Mukhriz diharapkan ikhlas selesaikan isu ini dengan segera , jangan hanya bakar-bakar isu bagi panas lepas dari itu biar -biar hingga sesat habis seorang demi seorang rakyat kita jadi Syiah . 
Masyarakat perlu membantu usha Jabatan Mufti menentang Syiah , kita perlu kerja keras bersama-sama demi memelihara kemulian Islam di Kedah ini 

Forum "Siapa Syiah Sebenarnya??" 



 ABDULLAH HASSAN SYIAH KEDAH yang berani menyebar ajaran Syiah cara terang-terang dan berani mencabar Dtao Mufti dan sebelum ini beliau mencabar MB Kedah yang lama iaitu Ustaz Azizan Razak dan pernah saman Pegawai agama Kota Setar Syeikh Alaudin Abu Bakar ....
Peringatan kepada Syiah Kedah ...." Jangan melampau sangat !"
Negeri Kedah ada raja jangan cabar kedaulatan raja Kedah , hormati raja Kedah yang kini DYMM YDP Agong Malaysia ,Sultan Abdul Halim . Jangan kamu melampau wahai Abdullah Hassan . Kami akan bela Dato Mufti kesayangan kami demi maruah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

MT Umno “Saya Masih Belum Buat Keputusan”


KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

“Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

“Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam ini.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

“Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan,” katanya.

Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.

Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.

“Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya,” katanya. – BERNAMA
Read More..