Selasa, 24 Desember 2013

Penculik Ditembak Mati


Penculik Ditembak Mati
Penculik Ditembak Mati - IPOH : Penderitaan seorang wanita yang diculik selama 11 hari oleh tiga lelaki bersenjatakan pistol berakhir apabila dia diselamatkan manakala dua suspek ditembak mati dan seorang lagi berjaya ditahan dalam kejadian berbalas tembak di Kilometer 76, Jalan Sitiawan-Taiping dekat Trong, Taiping kelmarin.
Kejadian pukul 9.45 malam itu mengakibatkan dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa berusia 52 tahun yang merupakan anggota keluarga ahli perniagaan terkenal di sini diculik di depan rumahnya oleh empat lelaki menggunakan sejenis kenderaan di Taiping pada 26 Disember lalu.
Katanya, pada masa sama, suspek turut cuba menculik anak saudara mangsa berusia empat tahun yang berada bersama wanita itu namun gagal.
“Penculik kemudian menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM30 juta. Polis yang menerima laporan kemudian menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – Kosmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar